Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk mengaktifkan semula penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 17 Ogos 2018. Mesyuarat pertama Majlis Tertinggi NACCOL telah berlangsung pada 27 September 2018. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertindak sebagai Urusetia untuk Mesyuarat Majlis Tertinggi, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.