Skip to main content
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  1. Secara Langsung: Warga Emas Yang Sihat Dan Boleh Berdikari
  2. Secara Tidak Langsung: Kanak-kanak, Remaja, Wanita, OKU, Keluarga Dan Komuniti Rentan
  • Syarat Kelayakan:

i. Warganegara Malaysia

ii. Warga Emas berumur 60 tahun dan ke atas dan boleh menguruskan diri

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jkm.gov.my/

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Keterangan

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat komuniti yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan khusus untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan ini melalui pendekatan pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental). 

Objektif
  1. Mempelbagai dan memperluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas.
  2. Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.
  3. Memberi ruang kepada warga emas agar dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka.
  4. Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas selaras dengan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN).
Tatacara Permohonan
  1. Warga emas yang berminat untuk menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) berhampiran tempat tinggal mereka
  2. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas
Kembali