Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
56 inisiatif dijumpai

Satu program bersasar kepada komuniti rentan, bersepadu dan inklusif di bawah RMK12 bagi menangani isu kemiskinan untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga berpendapatan rendah terjebak isu sosial yang diberi fokus oleh Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)

Maklumat Lanjut

Elaun Khas Kanak-Kanak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah satu inisiatif Kerajaaan dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa…

Maklumat Lanjut

Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani

Maklumat Lanjut

Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus khusus kepada anggota yang meninggal dalam perkhidmatan berkuatkuasa 1 Januari 2020 (Rujuk Pekeliling Bil. 11 Tahun 2019). Pembayaran Insentif Khas Insurgensi kepada Veteran ATM yang mengalami bencana kerja yang diperkaitkan dengan tugas semasa perkhidmatan pada atau sebelum 31 Disember 2000 (Rujuk Warta Perbendaharaan…

Maklumat Lanjut

Bantuan Sara Hidup ini merupakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban sara hidup Veteran ATM atau tanggungan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan. Bantuan ini akan secara automatik ditamatkan sekiranya pemohon meninggal dunia atau menjadi tidak layak atas sebab-sebab tertentu.

Maklumat Lanjut

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Maklumat Lanjut