Pendidikan Penstrukturan Semula Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN Kemudahan yang diberikan kepada peminjam bagi penstrukturan semula struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) berdasarkan kemampuan. Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 31 Mac 2023.Peruntukan adalah melalui peruntukan… Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan (KEDAP) Pelaksanaan KEDAP adalah untuk mengurangkan kadar buta huruf di kalangan ibu bapa Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Penan di Sarawak dan Peribumi di Sabah. Program KEDAP ini sering kali melibatkan pelbagai aktiviti seperti kempen membaca dan pengedaran bahan bacaan. Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Elaun PraUniversiti (EPU) Insentif kepada atlet yang mengikuti program prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Elaun dan Makan Minum Pelajar ILKBS (Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan) Pelajar ILKBS termasuk pelajar di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) akan diberi kemudahan makan minum percuma sebanyak tiga (3) kali di Dewan Makan. Kerajaan melalui KBS telah memperuntukkan sejumlah kos bagi membiayai kos penyediaan makan minum kepada para pelajar… Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK) Elaun bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Pemberian biasiswa kepada murid yang kurang berkemampuan tetapi menunjukkan prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi (BSHP) Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi (BSHP) merupakan bantuan yang disalurkan kepada Pelajar Program Matrikulasi KPM yang berkelayakan. Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Asrama (PPM) dimulakan sejak tahun 2014 bagi membiayai kos perjalanan dan pengangkutan murid yang tinggal di asrama Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di luar bandar yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran Maklumat Lanjut ›