Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
16 inisiatif dijumpai

Skim Bantuan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dibiayai sepenuhnya dari peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. Bantuan ini diberi kepada mangsa kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh, kemarau dan bencana lain yang boleh menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mangsa.

Maklumat Lanjut

Inisiatif Pakej RAHMAH MADANI merupakan salah satu program di bawah inisiatif Payung RAHMAH. Inisiatif ini menyediakan pakej yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 item dalam satu pakej dengan potongan harga antara 10% hingga 30%. Inisiatif ini juga dipanjangkan untuk semua produk lain yang selain sektor peruncitan seperti pelancongan, perhotelan, hospitaliti…

Maklumat Lanjut

Program Community Feeding Bandar merupakan program pemakanan yang mensasarkan kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun daripada keluarga miskin bandar. Intervensi ini bertujuan mengurangkan masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak ini melalui penyediaan makanan tambahan (5 kali seminggu) sebagai jaminan kebolehdapatan makanan berkhasiat. Kanak-kanak yang…

Maklumat Lanjut

Program Community Feeding Orang Asli merupakan program bantuan makanan yang dilaksanakan melalui aktiviti pemberian makanan tambahan (5 kali seminggu) kepada kanak-kanak Orang Asli di kawasan pedalaman yang mempunyai kes-kes kekurangan zat makanan yang tinggi. Kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan zat makanan akan diberi Ready To Use…

Maklumat Lanjut
Makanan

Bakul RAHMAH

Bakul RAHMAH merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Payung RAHMAH. Inisiatif ini menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian (barangan kering) seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu pekat, mihun dan telur ayam

Maklumat Lanjut
Makanan

Menu RAHMAH

Menu RAHMAH merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Payung RAHMAH. Inisiatif ini menyediakan hidangan makan tengahari atau makan malam yang seimbang pada harga tidak melebih RM5 per set

Maklumat Lanjut

Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) adalah program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Minyak masak termasuk dalam antara barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974

Maklumat Lanjut

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH. Program ini menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat

Maklumat Lanjut