Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
258 inisiatif dijumpai

Program Residensi Rakyat (PRR) merupakan program perumahan awam yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, khusus bagi membantu golongan setinggan dan B40 supaya dapat menikmati kemudahan perumahan yang lebih baik dan selesa pada kadar harga jualan yang mampu dimiliki atau kadar sewa yang rendah

Maklumat Lanjut

Merupakan Program Kesihatan Awam dibawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan pembiayaan bagi manfaat rawatan asas dan vaksinasi, manfaat hospitalisasi & tuntutan manfaat tambahan khusus bagi rakyat Negeri Selangor

Maklumat Lanjut

PeKa B40 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui saringan kesihatan percuma. Program ini juga menawarkan bantuan alat perubatan, insentif tunai melengkapkan rawatan kanser dan…

Maklumat Lanjut

Program Kecemerlangan Pendidikan Pelajar (Pro-KePP) adalah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang bertujuan untuk membantu anak-anak penerima bantuan kebajikan untuk berjaya dalam pendidikan.Program ini menyediakan sokongan dan sumber daya untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar yang kurang berkemampuan. Pro-KePP adalah program…

Maklumat Lanjut

KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mula melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram sejak Mei 2007 kepada wanita yang layak sebagai inisiatif dalam menyokong pengesanan awal kanser payudara. Wanita yang layak boleh mendapatkan saringan ujian Mamogram secara percuma di Klinik Nur Sejahtera LPPKN dan program outreach…

Maklumat Lanjut