Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
258 inisiatif dijumpai

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di luar bandar yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran

Maklumat Lanjut

Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) ditubuhkan dibawah peruntukan Seksyen 7A(1), Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak) 2017 bertujuan menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan atau disyaki memerlukan…

Maklumat Lanjut

BPSPBB mula dilaksanakan pada tahun 2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 oleh YAB Perdana Menteri pada 7 September 2007 bagi murid dari keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan eKasih. Mulai tahun 2024, syarat kelayakan telah disemak semula dan diberikan kepada murid yang layak dari keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK…

Maklumat Lanjut

Bantuan Latihan Perantis (BLP) membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal (internship) di JKM.

Maklumat Lanjut

Bantuan Makanan Asrama (BMA) dimulakan sejak tahun 1974 bagi membiayai kos penyediaan makanan murid di asrama. Pada masa ini, Kerajaan menampung 95 peratus daripada kos penyediaan makanan dan baki 5 peratus ditampung melalui kutipan Yuran Makanan Asrama (YMA) daripada ibu bapa/penjaga

Maklumat Lanjut

Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan…

Maklumat Lanjut