Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
50 inisiatif dijumpai

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) ditubuhkan melalui peruntukan Seksyen 7, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2024, sebanyak 140 PPKK telah ditubuhkan dengan keanggotaan seramai 1,214 orang di seluruh negara.

Maklumat Lanjut

PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat yang dikendalikan oleh Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK) melalui peruntukan Seksyen 7, Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi tahun 2024, sebanyak 143 PAKK telah ditubuhkan di seluruh…

Maklumat Lanjut

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat komuniti yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan khusus untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan ini melalui pendekatan pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental).

Maklumat Lanjut

Program Unit Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada warga emas, sama ada yang sihat atau kurang upaya, untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kesihatan di hospital atau klinik kerajaan dan swasta. Selain itu, perkhidmatan ini juga boleh digunakan untuk urusan sokongan sosial seperti ke pejabat pos, bank dan…

Maklumat Lanjut
Umum

Taska OKU

Konsep TASKA OKU adalah suatu pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak OKU dengan penyertaan bersama NGO, ibu bapa, kanak-kanak, agensi Kerajaan, swasta dan komuniti setempat. Melalui penubuhan TASKA OKU ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak kurang upaya serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk…

Maklumat Lanjut

Bantuan ini diwujudkan bagi memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas. Binatang buas ialah hidupan liar atau hidupan akuatik yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

Maklumat Lanjut

Anjung Sinar menyediakan sokongan sosial meliputi penyediaan tempat tinggal khusus kepada anak-anak lepasan institusi JKM yang tidak mempunyai keluarga atau daripada keluarga miskin dan disisihkan. Anak-anak ini akan dibantu dan diperkasakan ke arah kehidupan yang sejahtera melalui penyediaan keperluan bagi kelangsungan hidup, memudahcarakan peluang…

Maklumat Lanjut

Sumbangan RM 2 Ribu kepada Maahad Tahfiz dalam negeri Pahang yang berdaftar secara sah dengan salah satu badan berkuasa iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Negeri Pahang (MUIP) & Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP)

Maklumat Lanjut