Skip to main content

Inisiatif

Sedang mencari inisiatif…
258 inisiatif dijumpai

Bantuan ini diwujudkan bagi memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas. Binatang buas ialah hidupan liar atau hidupan akuatik yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

Maklumat Lanjut

Anjung Sinar menyediakan sokongan sosial meliputi penyediaan tempat tinggal khusus kepada anak-anak lepasan institusi JKM yang tidak mempunyai keluarga atau daripada keluarga miskin dan disisihkan. Anak-anak ini akan dibantu dan diperkasakan ke arah kehidupan yang sejahtera melalui penyediaan keperluan bagi kelangsungan hidup, memudahcarakan peluang…

Maklumat Lanjut

Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan FELDA oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dalam kawasan FELDA di Seluruh Negara. Ianya melibatkan 11 Wilayah Rancangan FELDA di Seluruh Negara iaitu Wilayah Alor Setar, Wilayah Trolak, Wilayah Kuantan, Wilayah Jengka, Wilayah Mempaga, Wilayah Gua Musang, Wilayah Terengganu, Wilayah Raja Alias, Wilayah Segamat, Wilayah…

Maklumat Lanjut

Program ini telah dilaksanakan sejak RMKe-8 di bawah SPKR oleh Bahagian Pembasmian Kemiskinan (BPK), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan akan diteruskan pelaksanaannya oleh Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BKR)

Maklumat Lanjut

Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Maklumat Lanjut

IPR terdiri daripada tiga (3) program iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN). IPR fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR

Maklumat Lanjut
Pengangkutan

FlySiswa

Pengangkutan Udara merupakan mod pengangkutan utama bagi para pelajar tersebut untuk pulang ke negeri asal/kampung halaman terutama ketika musim perayaan dan cuti semester. Permintaan secara mendadak tiket penerbangan ke destinasi-destinasi di Sabah dan Sarawak telah menyebabkan berlakunya peningkatan harga. Melalui program ini, setiap pelajar akan menerima…

Maklumat Lanjut