Pendidikan Pahang: Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah) Biasiswa ini diberikan kepada murid – murid Tahun 4 hingga 6 yang sedang belajar di sekolah – sekolah rendah kebangsaan, jenis kebangsaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negeri Pahang Darul Makmur. Maklumat Lanjut ›
Umum Pahang: Program Berkhatan Anak Pahang Sumbangan bagi melaksanakan program berkhatan anak Pahang yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Keutamaan diberikan kepada keluarga daripada golongan B40 Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Pahang: Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran (SPM). Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Pahang: Biasiswa Anak Yatim Memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu dan miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari. Maklumat Lanjut ›
Umum Pahang: Program Kasih Makmur Pemberian kad kesihatan kepada warga emas & orang kurang upaya (OKU). Setiap penerima kad diberi bantuan bernilai RM 500/tahun yang boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik panel terpilih. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan kos rawatan kesihatan bagi golongan yang memerlukan. Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Pahang: Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) Biasiswa ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar. Maklumat Lanjut ›
Umum Pahang: Program Permata Makmur Pemberian sumbangan RM 300/ seorang bayi yang dilahirkan di Negeri Pahang. 1. RM 250 (Penabungan Akaun Simpan SSPN Prime) 2. RM 50 (Barangan Bayi) Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Pahang: Program Tunas Makmur • Pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah diberikan kad diskaun 30% • Pelajar sekolah tahun 1 & pelajar dalam golongan miskin tegar bermula tahun 2 hingga tingkatan 5 dibekalkan dengan peralatan sekolah bernilai RM 100 Maklumat Lanjut ›
Pendidikan Pahang: Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) HPC sebagai rangsangan berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai mengikut kategori ini diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam Negeri Pahang di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam Maklumat Lanjut ›
Umum Pahang: Insentif Kepada Pengerusi JPKK, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin & Timbalan Pengerusi JKKR Pemberian insentif kepada Pengerusi JPPK, Pengerusi JPPKOA, Tok Batin dan Timbalan Pengerusi JKKR Maklumat Lanjut ›